Wednesday, February 1, 2012

Kemanisan bertemu ALLAH..

Assalamualaikum,pertama2 kali bersyukur kita kepada ALLAH yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah ya ALLAH...
Alhamdulillah kerana ALLAH masih memberi  nikmat  iman dan nikmat Islam yang sangat besar kepada kita. Tak semua manusia yang dapat mengecapi nikmat ini..Tapi kerana kasih sayang ALLAH kepada kita  ALLAH memilih hati-hati kita untuk mendapat iman dan Islam itu..Alhamdulillah!!
Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina” (Abu Sulaiman Ad Daroni)
s‎" Ya Allah letakkan dunia ditanganku. Jangan di hatiku. " Doa Rasulullah s.a.w ;)
Bila hati kita dipenuhi kecintaan kepada dunia, kita tidak akan sesekali merasai kemanisan ibadah malah kita tidak akan merasai kerinduan kepada ALLAH SWT.
Pernah ada seseorang bertanya kpd ku bagaimana nak khusyuk solat,dia tanya lagi apa yang kau fikir time solat. Saat hati masih dipenuhi dosa dan noda, aku malu ditanya begitu sedangkan solatku sendiri masih belum sempurna. Tapi aku hanya menjawab pandang tempat sujud, insyaALLAH boleh khusyuk...Tapi....
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Shaf Ayat 2-3)
                                                                   
Aku cuba praktikkan apa yang ku katakan..Tapi aku tetap tidak merasakan kemanisan beribadah,aku sendiri tak mampu merasai khusyuk itu. Tiap hari aku akan berdoa agar ALLAH terima solat aku, ALLAH terima taubat aku, ALLAH terima amalan aku. Aku selalu rindu untuk rasai kemanisan beribadah itu sendiri. Aku hafal bacaan dalam solat, aku tetap tak dapat khusyuk sepenuhnya. Kini aku baru sedar apa silapku..
Aku membawa dunia bersamaku..
Wahai sahabat, sebelum kita solat kosongkan fikiran kita, tanamkan rasa rindu kita untuk bertemu dengan ALLAH. Tanamkan rasa malu dengan menyedari segala kelemahan dan kesalahan kita,diri kita kotor sahabat penuh dengan dosa dan noda, malu untuk berhadapan dengan ALLAH, tapi yakinlah hanya ALLAH saja yang boleh ampunkan kita.mintalah padanya. Fahamkan tiap bacaan yang kita baca,anggap ALLAH dihadapan kita.Subhanallah.!!
Dalam meneruskan misi mencari taqwa ini, bila kita meletakkan akhirat di hati dan dunia hanya di tangan kita..InsyaALLAH kita pasti berjaya..Tapi sukar kan?? Diriku sendiri masih dalam perjalanan mencari taqwa.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(surah al hadiid:20)

Akhir sekali,ku mohon keampunan ALLAH andai tersalah dan ku mohon kemaafan andai catatan ku kali ini punya kelemahan.Aku juga masih dalam perjalanan mencari redha ALLAH malah masih bertatih..Moga catatan kali ini membawa keberkatan dan manfaat pada kita semua.aminn...

Monday, January 23, 2012

Misi mencari kesolehahan ku...

Assalamualaikum.....alhamdulillah setelah sekian lama baru berkesempatan update blog...Terasa ingin meluahkan segalanya yang terbuku di hati..Sepanjang perjalanan ini aku letih..aku buntu mencari jalan untuk aku menjadi seorang wanita yang solehah, yang dirindui oleh para penghuni langit kesemuanya, yang menjadi pujian di sisi ALLAH... sungguh!! aku rindu teramat rindu untuk menjadi wanita yang terbaik di sisi ALLAH...tapi benarlah !! nilai syurga itu bukan murah...aku perlu melangkah dengan gagah agar aku tak rebah..Tapi apakan daya aku bukan Rabiatul Adawiah, aku bukan Ainul Mardiah aku bukan wanita yang setegar mereka...aku hanya insan kerdil yang lemah,  yang masih mencari secebis cahaya untuk menyuluh perjalananku menuju Penciptaku...

Saban hari aku berfikir bagaimana ingin meneruskan misi mencari ke'solehah'an ku....aku buntu!!Buntu!!!...Aku hilang seluruh kewarasan akalku... kadang kala aku hampir berputus asa..Tapi ALLAH menyapaku dalam firmanNYA.


Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)
 Aku yakin ALLAH sayang kepadaku....

Baginda SAW bersabda bermaksud: “Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Aku tidak akan berputus asa lagi....!!


InsyaALLAH...pertama2 kalinya betulkan niat balik..

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih” Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Ingat!! hidup kita ni umpama seorang petani yang bercucuk tanam bagi mendapatkan hasil untuk di bawa ke perjalanan seterusnya..Tapi tika ini, ku rasakan amal yang ku bawa terlalu sedikit...layakkah aku untuk bergelar ahli syurga andai dosa ku melebihi amalku...aku lemah memikirkan ini.. 
Betapa ramainya manusia yg beramal dengan amalan ahli syurga, dan begitu juga betapa ramainya manusia yg beramal dengan amalan ahli neraka...aku di mana???
Penat aku berfikir...
Layakkah aku??? ermmm...tiada jawapan tika ini.
So,aku perlu beramal dengan amalan ahli syurga...
solat yang kusyuk,baca al Quran..zikir yang setiasa dibibirku...dan banyak lagi..
aku perlu beriman kepada ALLAH...
Sebelum ni aku hanya faham beriman kpd ALLAH tu macam ikut suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA...tapi lebih specificnya "BERIMAN" tu sebenarnya yakin kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya...Yakin dengan sifat2 ALLAH Yang Maha Melihat misalnya,so kita xkan sekali-kali berani untuk buat dosa kerna kita yakin ALLAH sedang melihat..
ermm....
natilah sambung lagi.....ada hal kejap..








Friday, November 11, 2011

ayuh mujahid dan mujahidah


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
wahai mujahid dan mujahidah yang masih cekal di medan dakwah teruskan perjuangan menegakkan kalimah ALLAH....
Yakinlah pada janji ALLAH
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(surah muhammad:7)

Tapi bagaimana hendak mengembalikan  kegemilangan Islam suatu ketika dahulu???
semuanya terletak kpd kita pemuda pemudi ISLAM...
adakah kita hanya mementingkan diri sendiri..
mementingkan kehidupan sendiri tanpa cuba untuk membantu saudara2 seISLAM yang sedang hanyut dalam fatamorgana dunia yang menipu semata-mata....
ayuh bangkitlah mujahid  dan mujahidah..

INGATLAH......jangan terpedaya dengan dunia..

6:32


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?(surah al An'am)

Berpegang teguhlah kpd al quran dan sunnah nabi..
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda s.a.w telah berkata kepadanya.
Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda s.a.w menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda s.a.w menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda s.a.w menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda s.a.w menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda s.a.w menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin(baik)

Baginda s.a.w menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda s.a.w menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda s.a.w menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda s.a.w menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda s.a.w menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda s.a.w menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda s.a.w menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda s.a.w menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda s.a.w menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda s.a.w menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda s.a.w menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda s.a.w menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda s.a.w menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda s.a.w menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda s.a.w menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini...

Jalan dakwah...adakah anda sedang melaluinya???



JALAN DAKWAH adalah Jalan yang panjang. Penuh dengan rintangan. Mempunyai beban yang berat. Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.

Dimanakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan dakwah atau masih berada ditepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalas-malasan dan berseronok-seronok? Hanya insan-insan luar biasa sahaja ya...ng terpilih memikul amanah berat di atas jalan dakwah ini. Lumrah, Allah membuat pilihan terhadap para hamba-Nya. Hamba yang menyerahkan usaha dan kekuatan untuk membantu Islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah. Amat sedikit manusia yang snggup bersabar untuk terus berada di atas jalan dakwah. Persiapan yang diperlukan untuk berada di atas jalan itu tidaklah sedikit. Selain itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan.


MISI YANG JELAS...

 Rasulullah s.a.w dibekalkan dengan misi yang bersepadu sepertimana difirmankan Allah s.w.t; "Sebagaimana Kami telah mengutus bagi kamu seorang rasul, yang ia membacakan ayat-ayat Kami, membersihkan (jiwa) kamu serta mengajarkan kamu (ilmu) al-kitab dan hikmah dan mengajarkan kamu (apa-apa) yang tidak kamu ketahui." -surah alBaqarah: 151

Ayat ini menggambarkan Rasulullah s.a.w melaksanakan misinya melalui 3 pendekatan, iaitu:
  1. Membacakan dan memberi pemahaman tentang ayat-ayat al-Quran agar umat islam mengenal dan mengetahui hakikat hidup di dunia ini secara jelas dan tepat. Mereka tahu mana yang islamik, mana yang tidak walaupun di dalam perkara-perkara yang halus.
  2. Membersihkan jiwa umat islam dari unsur-unsur syirik seterusnya menyucikan hati dari sifat-sifat mazmumah dan berusaha mengisi dengan sifat terpuji dan akhlak yang baik.
  3. Mengajarkan ilmu dan hikmah, yang mana ianya hanya dapat diperolehi melaui apa yang Allah turunkan melalui al-Quran dan dijelaskan oleh sabda Nabi s.a.w. 

KEFAHAMAN YANG BENAR DAN ASLI...


Firman Allah; "(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah smbil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi (oleh Allah), Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan (semua ini) dengan sia-sia." -surah al-Imran:191

Allah s.w.t telah menggambarkan persepaduan antara zikrullah dengan berfikir dapat menunjukkan pengenalan kepada Tuhan secara tepat. Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai akan menghantarkan seseorang kepada pengenalan Tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan seisinya dengan petunjuk wahyu.
Kefahaman yang benar dan asli dari zikir dan fikir akan mampu menunjukkan kepada jalan yang benar.


TIDAK MUDAH FUTUR...

Futur secara bahasa bermaksud "menurun" sepertimana disebut di dalam hadith Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya setiap amal ada masanya naik (rajin) dan setelah itu ia akan turun (futur). Barang siapa yang turun (amalnya) ia telah keluar dari sunnahku, sungguh celaka ia."

Secara istilah, futur bermaksud; "Sikap mengabaikan amal sehingga meninggalkannya." 

Peribadi da'ie yang lemah mudah mencampak seseorang ke lembah futur.

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan."
- surah al-Taubah: 42 



Adakah anda cantik???


GADIS PALING CANTIK..~

Bunga atau mutiara?

Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek. Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”





Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka...”
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah,

kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2.Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”

Anda di dalam SYURGA..

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)
http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/248256_230575160293188_100000221177930_1121028_5963837_s.jpg


sahabat...you inspire me to be better..


Saat hati terasa kekurangan,rindukan pengisian..memerlukan kekuatan..,
ALLAH titipkan kebaikanNYA melalui hamba2Nya..tanpa perlu dipinta,ALLAH kirimkan kekuatan tersebut. Benar sabda Rasulullah saw.. tautan ukhwah berdasarkan aqidah itu adalah hadiah dari ALLAH dan menjadi salah satu tunjang kekuatan orang2 mukmin..

Hampir menitis air mata mendapat beberapa mesej daripada sahabat2 yang dekat dengan ALLAH..tanpa dipinta,seakan mereka turut merasa apa yang dirasa.. umpama air yang mengalir, menolak kegusaran dan kabut yang ada..juga menyedarkan kembali diri yang alpa. Segala pujian itu hanya bagimu Ya ALLAH...kerana ALLAH jualah yang menggerakkan segala..

Mesej daripada seorang sahabat. Diri ini banyak belajar qudwah melalui dirinya yang teguh dalam perjuangan dan menjadikan Al Quran dan zikrullah sebagai pendampingnya sentiasa ..

'..sahabatku..dulu,semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH.. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan.. dirimu benar2 kebuntuan dan bertanya; ‘apa yang harus kulakukan untuk menebus kelelahan umat ini?..jawabku, bukankah kau seorang da’ie dan mujahidah? Katamu lagi.. ‘tapi langkahku lambat…’ jawabku, kau lambat kerana engkau menyibukkan diri dengan urusan duniamu.. mengejar impianmu dan lupa hari kebangkitan.. sedangkan pada hari itu amalanmu akan dibentang dan tubuhmu terbuka.. Apakah di sana bekalmu?..pada akhir zaman, orang yang memegang tali perjuangan ibarat menggenggam bara api, andai terus digenggam, hancur luluhlah jiwanya. Namun andai dilepas hancurlah dunia.. sahabat, jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintagi dengan ujian. Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar.. kita hidup untuk perjuangan.. mati untuk kehidupan..Syurga sebagai impian. - kata2 imam Nawawi-
Sahabat..hidup ini perlu dihayati supaya kita tidak lupakan tujuan dihidupkan. Biarlah kita hidup dalam kepayahan asalkan kita dipandang ALLAH.. jangan kita hidup dalam kesenangan naumunjauh dari redhaNya..

Tazkiyah sahabat kedua juga bermakna.. Kuat hubungannya dengan ALLAH..

..pernah ditanya kepada Rasulullah saw; siapakah manusia yang terbaik?..Baginda saw menjawab, ‘orang mukmin yang basah hatinya’ ;…kemudian baginda ditanya lagi, ‘siapakah mukmin yang basah hatinya?’ lantas Rasulullah saw menjawab; ‘iaitu orang yang bertaqwa… Hatinya basah, tidak melakukan penderhakaan dan pengkhianatan terhadap ALLAH.. Tidak berdendam dan dengki kepada orang lain..’ (HR Ibnu Majah)

..Syukran Ya ALLAH…
..Limpahilah kebaikan dan sejuk rahmatMu buat semua sahabat hamba walau di mana mereka berada..


Keberkatan di waktu pagi....





Kenapa perlu pagi???

Tata kehidupan secara Islam telah menetapkan permulaan hari terhitung mulai fajar menyinsing.Oleh yang demikian,sebelum matahari terbit setiap muslim sudah bangun tidur kerana Islam tidak menyukai orang berjaga malam sehingga terlambat subuh dari waktunya.Permulaan hari yang terbaik setelah bangun dari tidur adalah dengan solat.Dan solat yang paling istimewa yang jarang-jarang kita laksanakan adalah solat sunat tahajjud.Maknanya,harus bangun sebelum subuh…=)



Keutamaan bangun pagi..

1-Ciri golongan bertaqwa.
“Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam taman2 (syurga) dan mata air.Mereka mengambil apa yg diberikan Tuhan kpd mereka.Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang2 yang berbuat kebaikan.Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka memohon ampun (kepadaAllah)”. {Az-Zariyat:15-18}

2-Beroleh keberkatan.
Dlm sebuah hadith,Rasulullah mengucapkan doa antara lain seperti berikut:
“Ya Allah,berkatilah ummatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

Adalah 1 kerugian bg org yg membiasakan dirinya tidur hingga siang hari (dhuha).Mentari telah lama terbit,dia masih berselimut,kemudian setelah dia bangun,dia melihat org2 lain sudah sibuk mencari nafkah atau sdg berjerih payah mencari bekal akhirat.

3-Pembahagian rezeki.
Sebuah hadith dari Fatimah binti Muhammad mengatakan:
Pada suatu pg, Rasulullah s.a.w melewati di hadapanku dlm keadaan aku sdg berbaring.Sambil membangunkan aku dgn kaki baginda lalu berkata: “Hai anakku,bangun,saksikanlah rezeki Tuhanmu dan jgnlah engkau menjadi org yg lengah kerana Allah membahagikan rezeki kpd manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahari terbit”. (Al-Baihaqi)

4-Meningkatkan darjat di sisi Allah.
“Dan pd sebahagian mlm,sembahyang tahajudlah kamu sbg 1 ibadah tambahan bagimu.Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tmpt terpuji”. {Al-Israa:79}



5-Mendapat keampunan dan cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada setiap mlm,Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga mlm yg akhir.Maka Allah berfirman: “Barangsiapa berdoa kpd KU,pasti akan Ku kabulkan, dan barangsiapa memohon pada Ku,pasti Ku beri,dan barangsiapa memohon ampun kpd Ku,pasti akan Ku ampuni”. (HR Malik,Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dll)

Dlm buku Mahabbatullah (mencintai Allah),Imam Ibnu Qayyim menyatakan peringkat2 menuju wahana( perantaraan/medium) cinta Allah.Salah 1 caranya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia.Itulah saat yg berharga bg seorg hamba utk mendekatkan diri pd Nya dgn melaksanakan solat mlm agar mndptkan cinta Allah.Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan,berpanjangan waktu rahmat dan belas yg sempurna drpd Allah s.w.t sehingga cerah fajar”.

6-Ibadah ahli syurga.
Firman Allah dlm As-Sajjadah:16 yg bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tmpt tidurnya dan mereka berdoa kpd Tuhan mereka dgn rasa takut dan mengharap.Bahkan mereka menafkahkan sebahagian drpd rezeki yg Kami berikan kpd mereka”.

“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam,berjamulah makan,hubungkanlah silaturrahim,dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sdg tidur,nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamat”. (HR Tirmidzi)



7-Keteladanan Salafussoleh.
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat mlm,dilanjutkan dgn solat subuh dan kemudian dilanjutkan dgn solat dhuha,setelah itu barulah beliau melakukan aktiviti2 yg lain.Lalu beliau berkata,”jika hal ini aku tidak lakukan,maka sungguh sgt berat”.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya,”Ada seorng lelaki yg disebut2 di sisi Nabi s.a.w iaitu bahawa org tersebut tidur di waktu mlm smpai ke pg-yakni tidak bangun utk bersolat mlm,lalu baginda bersabda,”Orang itu sudah dikencingi syaitan dlm kedua2 telinganya” atau baginda s.a.w bersabda,”di telinganya”. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: “Syaitan itu memberikan ikatan pd hujung kepala sebanyak 3 ikatan,jikalau manusia itu tidur.Ia membuat ketentuan pd setiap ikatan itu dgn kata2 yg berbunyi,”engkau memperoleh mlm yg panjang,maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bangun lalu berzikir pd Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya,selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk,lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat,maka terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira.Tetapi jikalau tidak sebagaimana disebutkan di atas,maka dia di awal pg menjadi org yg berhati buruk serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)